Sahabat ibarat pasir dan mutiara...
sahabat yang baik dan ikhlas dalam persahabatan ibarat mutiara didasar lautan
susah untuk dijumpai ,
namun sahabat yang suka berpura-pura senang dijumpai bak pasir,boleh di jumpai di mana-mana sahaja....
Untuk cari sahabat
x perlu dalam bilangan yang ramai..
dan x perlu memandang kepada kekayaan harta,
namun lihat lah pada budi pekertinya,....
kerna sahabat itu mcm si penjual minyak wangi
haruman nya melimpahkan kepada orang disekilingnya..
'ikhlaslah kamu dalam persahabatan,
kerana bila ikhlas,ikatan perhubungan akan bertambah erat'
hargailah sahabat...
Salam ramadhan 1432 hijrah
Everyday is a wonderful day... Always be smile even today is tough day.. Cheerful and Shine like sun Glow like a rainbow even its raining Be star even no moon in sky
Song
Saturday, 30 July 2011
Friday, 10 June 2011
Wonderful life in PPES
Assalamualaikum semua~~
Tanggal 3 mei 2011,bermulalah kehidupan saya sebagai budak praktikal di PPES Ternak Sdn.Bhd.Bermula di unit kambing ,ak bekerja seawal 6.30 pagi sehingga pkul 11.30 dan sambung semula pada pukul 1.30 dan tamat pada pukul 4.30 petang .Aktiviti yang aku lakukan ialah menyapu sampah,membuat formulasi makanan ,memberikan makanan kepada kambing,menukar air,pastu mengambil rumput napier india.Walaupun kerja ini nampak ringan namun bagi aku sangatlah berat kerana sebelum2 ni aku tidak pernah mengangkut bebanan yang 2x ganda dari berat badanku. huhuhu~~~
| Si Tompok |
Boer cross yang tgh makan ^^
Aktiviti di Unit Feedlot(Sapi/Lembu)
lembu2 yang x sabar nak makan~~~nyummy...
jilat sampai lobang idung tau...hihi(^_^)
Melurut mulberi
Aktiviti selepas kerja ialah horse riding
Nama horse ini adalah awang.dia berumur 12 tahun
.Dia ni berasal dari australia tau..
Dia ada abg .abang dia skrg tinggal kt Sabah ..
Rumah penginapan ku sepanjang aku menjalani latihan praktikal.
Bersama Abang Zaid di paddock Payau(Rusa)~~hihihi
Memberi makanan concentrate kepada rusa
Aktiviti Pengasingan Rusa
Kawasan Rusa
Aktiviti Mencari cacing untuk memancing~~~
Abang Mat yang sporting
Pengalaman tinggal di sini sangatlah happening...best sangat2~~banyak benda yang boleh dipelajari di sini~ak sgt berharap kita semua dapat bertemu lagi~~(^_^)
Friday, 29 April 2011
Expression ketika Shopping
Ketika pergi shopping
: Kebanyakkan perempuan pantang bila nampak tanda "Sale" dan "Promosi"
Happy bila semua barangan dapat beli
Marah apabila permintaan tidak dipenuhi
Geram kerana tidak dapat membeli barangan yang diminati kerana telah habis stock
Pulang ke rumah dengan hati yang gembira kerana puas dapat shopping berjam2....
x suka bila balik orang komen barang yang dibeli tak cantik
Bahagia jika dapat makan sepuas2nya
(^_^)bye22
Demam Korea selepas exam...
Thursday, 28 April 2011
Dia
Dia,
Insan yang hadir dalam hidupku,
Anugerah tuhan buatku yang paling istimewa.
Bagi ku tiada apa pun yang boleh menggantikanya
Dia,
Sentiasa menceriakan dan selalu menggembirakan hati ku,
Banyak mengorbankan waktunya untuk menemani ku,
Dia akan selalu ada untuk ku ketika waktu senang dan susah.
Dia ,
Tempatku untuk bermanja,dan bermesra
Dia Sentiasa ada untuk mendengar masalahku,dan selalu menasihatiku
Dia pemberi semangatku untuk aku berjaya
Dia adalah segalanya bagiku
Semuanya adalah kerana dia~~~~
Hasil nukilan: Honey lavender
Insan yang hadir dalam hidupku,
Anugerah tuhan buatku yang paling istimewa.
Bagi ku tiada apa pun yang boleh menggantikanya
Dia,
Sentiasa menceriakan dan selalu menggembirakan hati ku,
Banyak mengorbankan waktunya untuk menemani ku,
Dia akan selalu ada untuk ku ketika waktu senang dan susah.
Dia ,
Tempatku untuk bermanja,dan bermesra
Dia Sentiasa ada untuk mendengar masalahku,dan selalu menasihatiku
Dia pemberi semangatku untuk aku berjaya
Dia adalah segalanya bagiku
Semuanya adalah kerana dia~~~~
Hasil nukilan: Honey lavender
Monday, 25 April 2011
Esok exam pagi????
Esok exam pagi???
Huhuhu...Hari ini aku telah mempunyai satu peperiksaan pada pukul 8.30 pagi...Untuk itu aku telah memperuntukkan setengah daripada waktu tido ak untuk study...At last~~alhamdullilah aku boleh la menjawap setiap yang pensyarah aku ajukan..(Segalanya bergantung pada pensyarah la untuk menilainya)...Petang yang indah pada pukul 5.00 petang aku telah dikejutkan bahawa jadual exam aku untuk hari esok telah bertukar...ohh tidak...Exam yang sepatutnya bermula pada pukul 2.30 petang telah bertukar menjadi 8.30 pagi!!!!Yang istimewanya pula subjek yang bakal yang aku ambik untuk keesokkan hari adalah subjek yang paling aku lemah...Subjek tersebut adalah subjek animal health...kebanyakkan sukatan pembelajaran dalam Animal health adalah patotolgi 1 dan patologi 2 yang diajar di dalam subjek veterinar...huhuhu~~
*kesimpulannya jangan study untuk last2 minit ..(^_^) huhuhu
*reaksi semua ketika mendapat tahu ttg penukaran waktu peperiksaan
Thursday, 21 April 2011
Sweet Vs Sour
![]() |
Ni aku x sure kat mana..hihihhihihi |
Pandangan Sayap Kapal Terbang Mas...
Cuba teka kat Pulau mana ni ekk???(^_^)
Yang aku tahu ni masih berada di dalam kawasan Malaysia...hihihi
Korang nak tahu x kelebihan senyum....
Kelebihan senyum...
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman dimana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga
hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan
endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa
lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat
kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan
darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih
rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan
terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa
dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem
ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan
pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan
sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon
'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan
'adrenaline' .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit). 10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah
dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa
tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit
jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung
merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan
Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang
mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
Banyakkan kelebihan senyum???
Haa tunggu apa lagi Senyumlah selalu bila jumpa dengan sesiapa sahaja x kira muda dan x kira bangsa..Senyumlah seikhlas hati anda ...
Note:Sumber Kelebihan senyum dari..:http://www.scribd.com/doc/21782347/Kelebihan-senyum
Subscribe to:
Posts (Atom)






















