Thursday, 21 April 2011

Sweet Vs Sour


 Ini pengalamanku semasa belajar di borneo...Untuk datang ke sini aku terpaksa 2 kali naik kapal terbang,,,Yelah dari Utara ke Kuala Lumpur pastu dari Kuala Lumpur ke borneo..Di yang sepanjang perjalanan aku dapat melihat ratusan gelagat manusia yang tengah menunggu untuk berlepas ke distinasi mereka sendiri...
Kebiasaannya untuk datang ke kuala lumpur aku pergi secara keseoragan tanpa ditemani rakan-rakan ku yang senegeri dengan ku...Pada mulanya aku sentiasa takut untuk pergi  bersendirian...Yelah mana xnya..Aku first time kot  berjauhan dari keluarga..Dulu aku x pernah pergi ke mana-mana tanpa ditemani  mak @pak atau adik beradik ku yang lain..Di dalam pesawat dalam satu barisan mempunyai 3 baris  tempat duduk...Kebiasaan nya aku mendapat yang paing hujung,,,kadang-kadang di tengah2..
Pernah sekali tu ada la seorang pak cik ni duduk nk duduk kat sebelah aku jadi aku pun bangun untuk memberi laluan kepadanya..pastu dah la tak nak ucap terima kasih pastu tak senyum langsung...Dari pandangan mataku,pak cik ni seorang yang kaya berdasarkan ciri-ciri fizikalnyalah...maybe dia tengah sterss dengan tempat kerja ,..tapi tak baik lah kan,sekurang2nya senyum ...Kitakan orang islam pastu pulak berbangsa melayu...huhu..




Ni aku x sure kat mana..hihihhihihi



Pandangan Sayap Kapal Terbang Mas...



Cuba teka kat Pulau mana ni ekk???(^_^)
Yang aku tahu ni masih berada di dalam kawasan Malaysia...hihihi

Korang nak tahu x kelebihan senyum....

Kelebihan senyum... 
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman dimana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga
hormon-hormon. 

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. 

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan
endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa
lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat
kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan
darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih
rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan
terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa
dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem
ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan
pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan
   sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon
'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan
'adrenaline' .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit). 10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah
dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa
tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit
jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung
merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan
Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang
mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

 Banyakkan kelebihan senyum???
Haa tunggu apa lagi Senyumlah selalu bila jumpa dengan sesiapa sahaja x kira muda dan x kira bangsa..Senyumlah seikhlas hati anda ... 







Note:Sumber Kelebihan senyum dari..:http://www.scribd.com/doc/21782347/Kelebihan-senyum

No comments:

Post a Comment