Friday, 30 September 2011

My favorite hair style


Take a break ~~

Nice and cute...




Really2 beutiful


  A long Ginger hair 


Like a princess


wow, amazing


babe,dont cry...your hair cut is realy2 nice..

(^_^)

lets back to the studyy..

Have a nice day~~

Monday, 26 September 2011

Demam la pulak

 Assalamualaikum

Dalam kemeriahan menyambut minggu study week,boleh pulak aku demam...huhuhu,org lain tgh pulun study aku pulak terlantar kat katil...huhu..



Peperiksaan akhir ak akan bermula pada 3.10.2011-8.10.2011.Harap2 aku dapat buat yang terbaik... 
Aja2 fighting..


.bye2
(>_<)


Bintulu International kite festival vol 2


Collection of Picture during Festival


i Love ??



*sape cakap lembu x leh terbang*
hihihihi


Cantikkan?





I love Malaysia


Tgk paus pun ada...
Kawaii...


 The giant ikan buntal 


Collection of Fish kite


lawa...


i will bite you...hahahha


tgkk...horse pun ada tau..



Bendera negara2 yang bertanding


Yea...boleh terbang...

~Sweett Memories~


Sunday, 25 September 2011

Bintulu International kite festival

Assalamualaikum...
Hari ni aku pergi menyaksikan festival layang2..Ini adalah hari yang ke 2 aku menyaksikan festival layang2 ini...Lebih dari 10 negara menyertai festival antaranya China,Jepun,US,Brunei,Taiwan,dan banyak lagi...Festival ini telah berlangsung dari 22 sept- 25 sept 2011.Banyak aktiviti yang menarik yang dilangsungkan antaranya pertandingan  show layang2 ,memasak dan sebagainya.Malah ada artis2 juga turut memeriahkan festival ini,seperti mila dan ramai lagi...

 Festival ini merupakan acara tahunan di Negeri Sarawak.Festival yang dianjurkan pada kali ini ialah yang kali ke 7.Tahun depan ??Tahun depan,aku dah x da kat sarawak...ni lah first time dan last time aku pergi kite festival. di bintulu..Insyaallah kalau ada rezeki,aku akan datang melawat ye...


Colourful kite


Monster kite ...hihihi


whale kite...


Ari ni best sangat,,,..harap tiap2 hari adalah hari2 yang indah ..

(^_____^)

Friday, 23 September 2011

Perlukah aku korbankan

Assalamualaikum....
Hai semua ...apa khabar semua..harap semua sihat2 belaka...dah lama ak x update blog ak ni kan...hehe..klau blog ni diibaratkan rumah mesti dah berhabuk dan bersarang 2 dengan binatang2 yg mengelikan ..heeehee..(^_^)

Perlukah ak korbankan? Tajuk yang agak menarik kan?korban bunyinya amat berat sekali...bak kata org tua 2 dulu berat mata memandang berat lagi bahu memikul nya,...Perlukan ak korban kan masa tidoku untuk membuat assignment? perlukah ak korbankan masa makan ku untuk mengulang kaji pelajaran?

Pengorbanan2 ini  sangat2 diperlukan untuk mengejar cita-citaku yang satu...Ak harap kamu juga begitu ya...kan peribahasa pernah berkata =bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian..

Baru-baru ni jadual pelajaran ak sgt pack sehinggakan persekitaran aku pun x terurus...heehee..bayangkan setiap ari selepas .pulang dari beraya ,ak dan kos mate ada assignment yg perlu di hantar dan presentation yang berturut 2...

Namun,alhamdulillah minggu yang begitu memenatkan telah pun berlalu dan aku pun telah berjaya untuk melaluinya....hihi

Satu kepuasan yang x terhingga dan x terkata apabila semua beban yang tertanggung makin ringan...Lepas ni boleh la aku mengulangkaji pelajaran dan bersedia untuk final exam..


* seronok bila tgk cite totoro..*
cantik diorg lukis...
(^____^)

Monday, 8 August 2011

Puasa oh Puasa


Assalamualaikum..

Hai semua..hari ini dah masuk hari ke 8 kita berpuasa...Agak2 mcm mana dengan amalan kita untuk hari ini ekk,..Makin bertambah??Alhamdulliah..Makin berkurang...Astagfiruallah,banyak2kan lah ye..

Di sini saya.a,k aku pun mengingatkan diri ku ,untuk membuat yang terbaik untuk ramadan kali ini,..yelah kitakan x tahu bila malaikat maut akan menjemput kita,...mungkin esok,atau pun lusa..

Bulan ramadan ,merupakan bulan yang mulia ..dalam bulan ini setiap amalan akan digandakan sebanyak 70x ganda.Sesiapa yang beroleh malam lailatul qadar itu ,sangatlah beruntung kerana pada malam itu adalah lebih baik dari seribu bulan...Pada bulan ini juga diturunkan kitab al-quran dan semua syaitan-syaitan akan digari dan dipenjara...

Keistimewaan lain pada bulan ini adalah semua umat islam yang berpuasa akan meraikan masuknya waktu magrib kerana pada waktu inilah kita akan berbuka puasa.."Sesiapa yang berpuasa akan mendapat 2 kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu dengan iilahi di akhirat kelak".dan juga pada bulan inilah juga semua kaum merasa amat gembira kerana terdapat banyak bazar2 yang menyajikan pelbagai juadah berbuka ...

Namun begitu,saya amat bersedih hati sekiranya terdapat pasaraya atau kedai2 yang memasang lagu raya walaupun kita berpuasa tidak sampai  lagi 2 minggu...saya a.k.aku akan berfikir untuk apa sebenarnya kita  berpuasa?adakah berpuasa itu hanyalah semata2 untuk beraya. ..Orang2 soleh pada waktu dahulu akan menangis apabila bulan syawal menjelma kerana keistimewaan yang terdapat bulan ramadan x akan dapat pada bulan2 lain...

Seharusnya kita patut memikirkan amalan yang baik yang boleh meningkatkan semangat kita dalam menjalani ibadah puasa kerana bulan ramadan hanya datang dalam sekali sahaja dalam setahun.

Semoga ramadan kali ini ,kita diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T..

Salam Ramadan 1432 hijrah





Saturday, 30 July 2011

Ikhlas dalam persahabatan

Sahabat ibarat pasir dan mutiara...
sahabat yang baik dan ikhlas dalam persahabatan ibarat mutiara didasar lautan
susah untuk dijumpai ,
namun sahabat yang suka berpura-pura senang dijumpai bak pasir,boleh di jumpai di mana-mana sahaja....
Untuk cari sahabat
x perlu dalam bilangan yang ramai..
dan x perlu memandang kepada kekayaan harta,
namun lihat lah pada budi pekertinya,....
kerna sahabat itu mcm si penjual minyak wangi
haruman nya melimpahkan  kepada orang disekilingnya..

'ikhlaslah kamu dalam persahabatan,
kerana  bila ikhlas,ikatan perhubungan akan bertambah erat'
hargailah sahabat...

Salam ramadhan 1432 hijrah