Hai semua..hari ini dah masuk hari ke 8 kita berpuasa...Agak2 mcm mana dengan amalan kita untuk hari ini ekk,..Makin bertambah??Alhamdulliah..Makin berkurang...Astagfiruallah,banyak2kan lah ye..
Di sini saya.a,k aku pun mengingatkan diri ku ,untuk membuat yang terbaik untuk ramadan kali ini,..yelah kitakan x tahu bila malaikat maut akan menjemput kita,...mungkin esok,atau pun lusa..
Bulan ramadan ,merupakan bulan yang mulia ..dalam bulan ini setiap amalan akan digandakan sebanyak 70x ganda.Sesiapa yang beroleh malam lailatul qadar itu ,sangatlah beruntung kerana pada malam itu adalah lebih baik dari seribu bulan...Pada bulan ini juga diturunkan kitab al-quran dan semua syaitan-syaitan akan digari dan dipenjara...
Keistimewaan lain pada bulan ini adalah semua umat islam yang berpuasa akan meraikan masuknya waktu magrib kerana pada waktu inilah kita akan berbuka puasa.."Sesiapa yang berpuasa akan mendapat 2 kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu dengan iilahi di akhirat kelak".dan juga pada bulan inilah juga semua kaum merasa amat gembira kerana terdapat banyak bazar2 yang menyajikan pelbagai juadah berbuka ...
Namun begitu,saya amat bersedih hati sekiranya terdapat pasaraya atau kedai2 yang memasang lagu raya walaupun kita berpuasa tidak sampai lagi 2 minggu...saya a.k.aku akan berfikir untuk apa sebenarnya kita berpuasa?adakah berpuasa itu hanyalah semata2 untuk beraya. ..Orang2 soleh pada waktu dahulu akan menangis apabila bulan syawal menjelma kerana keistimewaan yang terdapat bulan ramadan x akan dapat pada bulan2 lain...
Seharusnya kita patut memikirkan amalan yang baik yang boleh meningkatkan semangat kita dalam menjalani ibadah puasa kerana bulan ramadan hanya datang dalam sekali sahaja dalam setahun.
Semoga ramadan kali ini ,kita diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T..
Salam Ramadan 1432 hijrah
No comments:
Post a Comment