Monday, 4 January 2016

jadikan kisah itu satu pengajaran

Assalamualaikum..
dah masuk tahun baru 2016..

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana pada ketika ini, pada saat ini kita masih lagi bernafas, masih lagi diberi peluang dan ruang bersama dengan insan-insan yang kita sayang..
Apa ada dengan tahun dahulu, segala pahit dan manis biarlah ia berlalu pergi, Mungkin akan ada masa nanti , kita selongkar kembali memori itu.
Mungkin ia dan mungkin tidak~ Segala kenangan pahit itu biarlah terkubur disitu.

Baru beberapa hari, 2015 melabuhkan tirainya ..Dan, kini kita meniti pula waktu-waktu dan detik-detik yang masih tersisa dalam hidup kita mudah-mudahan dengan semangat yang baru, harapan yang baru, dan moga-moga juga diri yang baru.

Disini aku ingin bercerita tentang hal-hal yang mungkin kalian alami juga seperti aku, moga2 ia bermanfaat dan dapat mengambil ikhtibar darinya,..

2@ 3 hari yang lepas, semasa aku mengulang kaji, ada seorang kawan merangkap junior semasa aku diploma dahulu bercerita tentang seorang rakannya yang sedanng koma dipercayai terkena toxoplasmosis ataupun jangkitan disebabkan parasit darah ( blood parasite).

Penyakit  parasit berdarah boleh menyebabkan kerosakan pada otak jika tidak dirawat dengan segera.  Toxoplasmosis ini  berpunca sejenis parasit dalam sel , yang boleh menjangkiti manusia , dah juga haiwan. ( zoonotik disease) ,Kucing atau haiwan  bawaan parasite ini kebiasaanya tidak membawa apa-apa jangkitan kepadanya, Toxoplasma gondii membiak di dalam usus kucing dan akan dikeluarkan melalui najis nya dan telur toxoplasma akan hidup selama 1 tahun di dalam tanah yang lembab dan teduh. Bukan itu sahaja, pengambilan daging yang tidak dimasak ( uncooked meet) juga berisiko untuk mendapat penyakit ini kerana daging @ haiwan tersebut telah dijangkiti dengan parasit tersebut.

Toxoplasma ini adalah parasit yang membunuh secara cepat dengan menyerang sel-sel pertahanan. Jika sistem pertahanan menjadi lemah, maka seseorang individu itu berada dalam keadaan yang berisiko. Parasit ini juga boleh dijangkiti oleh ibu hamil dan boleh memberi kesan kepada anak yang dikandungnya. Ia boleh mengakibatkan pertumbuhan terencat, ganguan otak, kepala kecil dan kepala besar dan banyak lagi.

Justeru itu,  saya ingin  memperingatkan diri saya dan juga anda semua, apabila mengendalikan sesuatu samaada dengan haiwan kesayagan mahupun apa-apa sahaja yang anda lakukan, Sila cuci Tangan anda sebersihnya, Jadikan Ia satu Amalan tetap kerana virus, bacteria  adalah amat kecil dan tidak nampak oleh mata kasar, namun kesan jika dijangkiti segala pathogen ini dalah sangat bahaya.

Mencegah lebih baik dari merawat.
p/s: Semoga dia menerima ujian ini dengan tabah . Allah lebih  menyayangi mu ~

Friday, 27 March 2015

Maafkan aku

Maafkan aq wahai ayah..
Maafkan aq wahai ibu..
Aq tak mapu menjadi seperti mereka..
Sudah aq usahakan ..
Dengan jerih Payah ..
Namun Sudah ditakdirkan Bukan milikku...

Wahai ayah aq tahu ..
Kau begitu bangga sekali bila mendapat tahu yang aq layak untuk meneruskan pengajian..
Engkau sekuat tenaga memerah keringat untuk memberikan yang terbaik untuk diriku..
Sehinggakan kau tewas dengan penyakit yang tidak ada rawatanya..selain dialysis..

Semasa cuti semester ..
engkau menyambutku dengan senyuman yang mesra sekali..
Sehinggakan aq lupa bahawa kamu sedang sakit..
Engkau tak pernah menujukkan rasa sakitmu..
Tak pernah langsung mengaduh ...

Engkau Yang Selalu ceria..
Wajah yang  langsung  tiada Duka
Manis  Sentiasa..

Saat-saat kau hendak pergi..
Pelbagai janji yg kau ucapkan..
Seandainya Aq tahu ayah..
Aq akan berikan yang terbaik khas untuk kamu..


Duhai ayah ..
Aq akan teruskan sisa-sisa hidup ini..
Dengan membuat bakti ..
Walaupun kau telah tiada..

Aq rindu padamu Ayah..
Rindu dengan suara mu, gelagatmu yang sering buatku tertawa..
rindu nk tengok bola sama2...

Semoga Allah Mengampuni Dosa-dosa mu yang lalu..
Dan diletakkan di kalangan orang yang beriman..

Miss you father

~we are best buddies ever~






Monday, 2 March 2015

Aku nak kahwin

Assalamualaikum..

hai semua

Apabila usia dah menghampiri 24-25 tahun..

hati mula resah..

Dengan pertanyaan2 bagaikan bertih jagung dari mulut-mulut mak cik yang tak berhenti-henti tanya

Bila hang nak kahwin..

Pertanyaan yang akan buat aku tersedak bila ditanya pertanyaan sebegitu..

Itu lumrah..

Nasib baik kadang-kadang Mak back-up..

"Dia dok ngaji lagi, x sesuai lagi nak kahwin, biaq la dia habis belaja dulu"

Huhhhhh..~~ satu keluhan berat yang dihembus..

Nasib baik mak ada..

Bak kata arwah ayah: aq bukan x nak bg dia kahwin time belaja ni, tapi
biaq la habis dulu.. nnti senang, klau ada anak ka apa ka, tak gaduh dah..

Dan sebagaimana perasaan aq ,

Aq pun tercabar juga bila tengok kawan2 semua kahwin

sapa tak mau kahwin kottt..

 tengok kawan2 seusia dah menimang anak masing2..

comel2 belaka..so sweet..


Bak kat matlutfi benda yang paling common dalam kalangan final year student ni adalah kahwin...

Tapi bila fikir balik..

Dalam kita dok rush2 dok cari jodoh tu..

tak kah kita terfikir yang sebenarnya kita telah mencampuri urusan ALLAH..

Banyak benda lagi yang kita belum kejar..

Sudah siapkah diri kita untuk menggalas beban selepas kahwin nanti..

Perkahwinan bukanlah satu benda yang boleh dibawa main..

Perkahwinan ni klau boleh kita nak sampai ke syurga..

Bakal suami @ isteri yang kita pilih mestilah mengikut apa yang Nabi S.A.W, ajarkan..

Pilihlah  yang beragama, nescaya kamu akan selamat..

Bukan semberono ja..

Allah Tahu apa yang terbaik buat diri kita..

Banyak 2 kan lah berdoa..

Semoga kita memperolehi jodoh yang baik-baik..

Yang mampu membimbing kita hingga ke jannah..

P/s:  i  don't now who the right one for me, but i know Allah the best ..

For future husband , i don;t know who you are , i hope we be husband and wife until jannah..








Thursday, 20 November 2014

Hikmah atas ujian

Assalamualaikum,.
hai..

cerita hari tentang ujian...

Hidup ini penuh dengan ujian..
Ujian dalam kesedihan
Ujian dalam perasaan marah
Malah Ujian dalam kegembiraan

Semua orang ditimpakan keatas diri mereka ujian untuk mengukur tahap keimanan seseorang..Sama ada kita akan  bersyukur ataupun sebaliknya.


Dan Allah tak timpakan sesuatu musibah itu ,melebihi kemampuan diri  kita sendiri.
Allah tahu kita mampu harungi ujian ,sebab itu Allah uji kita..

Dan Apabila Allah uji kita,..
Allah uji  itu kerana Allah sayang..
Kadangkala Allah uji sebab Allah nak ingatkan kita supaya tidak lalai dalam mematuhi perintahnya..
Allah tak mahu kita terus hanyut dalam keseronokan dan terus melakukan dosa..

Sabarlah mengharungi ujian yang allah berikan ..
kerana sesungguhnya ada hikmah yang tersembunyi
yang  mungkin kita tak ketahui..

Hari
 tak akan mendung selalu,
kerana akan ada matahari  sentiasa yang menyinar,
menerangi seluruh alam ..

Alhamdulillah ..
Alhamdullilah..
Alhamdulliah..

Terima kasih Ya Rabb,




Wednesday, 15 October 2014

Sudah Suratan illahi

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini


Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/sahabat-sejati-unic.html#ixzz3GDRh1Qp3


Wednesday, 4 June 2014

Running Man dan Study Week

Assalamualaikum..

hai..

Running Man dan study weak?
Rasa x pelik dan x janggal bukan?



Biasalah time study weak, awal2 mmg la x da semangat lagi nak study...
Tapi ,..
kalau boleh jangan la tengok rancangan ini..
bukan apa..
rancangan ini memang kelakar dan  akan  menyebabkan ketagihan yang serius..
lepas satu episod , episod lain pulak...
bila nak habis????...

kadang2 tengok RM sampai lambat2 kan solat..
Kan x elok macam tu..

kadang2 kita sibuk dok layan running man hingga kita x sedar yang rumet, @ family  kita tgh solat ke, tgh study ke.. tak baik gangu orang ketka tgh solat @ buat perkara lain . (jangan kita fikir hanya diri kita sahaja yang have fun tapi tanpa kita x sedar kita buat orang tension)..

Tak dinafikan kalau asyik study jer mmg lar stress tapi ada masa nya nak layan running man @ rancangan2 yang lain.. contohnya waktu petang , lepas asar ..tgk laa.. x da org nak kisah pun..Tapi jangan la time pukul 10 mlm..tgh2 rumet kau tgh study ..pastu kau lak ketawa berbahak2 smpai bilik sebelah pun bole dengar..
Ape cite??

Kau beritahu mak ; mak , "saya tak balik study week, bukan apa mak nanti dok kat rumah x study" kalau kolej bole study mak..

Tapi bila dok kat kolej , kau bukan study pun asyik tgk cite tu je.. dosa bertambah2.. pertama kau tipu mak ,yang kedua kau ganggu rumet kau nak study..

#Masa study week bukan lah masa untuk marathon movie , sebaliknya gunakan lah masa itu untuk menelaah pelajaran..

#bukan x boleh tgk, tp pandai2 lah bahagikan masa , dan jgn kacau orang lain nk study!!!
~ please x semua orang anak orang kaya mcm kau yang bole have fun sana sini~..

Sunday, 1 June 2014

Mengenalimu Ya Allah





MengenaliMu Ya Allah,
rasanya makin merindu..
yakin itu sudah tidak pernah aku tanyakan pada diriku,
kepada kalbuku..
kerana sejak aku tahu mengenal kehidupan,
ketika masih belum mengaji mukaddam dan al Quran,
aku sudah diberi kenal,
ada bintang..
ada bulan..
ada matahari..
dan ada awan...
ada yang menjadikan.

begitu aku terasa tanpa bertanya,
aku ingin makna mendalam,
sudah kuterima kenyataan bahawa alam jagat
dan seluruh mahluk ini..
ada yang menjadikan,
ciptaanMu Tuhan Maha Pengasih Maha Penyayang..

berulang ulang dalam hidupku diberi nafas,
berterusan menghayati nikmat,
makan minum dan tidur berehat,
maka dadaku penuh mengingati,
namaMu sentiasa dibibirku,
dan degup jantungku,
sentiasa mengingatiMu,
adalah tandaku dalam ingatanMu,
maka apabila aku diberi hayat,
di alam jagatMu,
bergerak berkerja,
mencari makan dan
bergaul dengan insan insan dan umatMu,
menjadi sebutan degup hatiku..

dan apa dan bagaimana..
dan dimana aku berada..
aku sentiasa dikurniai inayahMu Ya Allah,
maka aku sentiasa mengingatiMu..

maka dalam bersorak,
bergerak dan berteriak,
untuk apa..
untuk bagaimana..
aku tiba tiba saja,
seperti digerak oleh suatu kuasa,
menyentuh dalam kalbuku,
maka aku jadi terkelu,
mati teriak sorakku,
kerana nafasku,
terasa tinggal satu satu..
maka tahu aku Ya Allah,
lonjak dan sorak,
gelak dan teriak,
bisa sekali lenyap,
dalam satu helaan nafas,
ketika dalam kealpaan,
menghayati dalam kefanaan..



Sajak oleh : Mengenalimu Ya Allah  oleh  Mahsuri S.N

Persiapan Untuk Menuju Bulan Ramadhan

Assalamualaikum ,

Apa khabar semua, didoakan berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T.

Alhamdulillah , hari ni kita semua berada dalam bulan Syaaban.  Bulan syaaban merupakan bulan persediaan kita untuk menuju bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan yang  mempunyai banyak keistimewaannya,..


Sebelum kita memasuki bulan ramadhan, eloklah kita mempersiapkan diri kita dengan amalan -amalan yang akan membiasakan diri kita menjadi biasa supaya bila tibanya bulan ramadhan, diri kita tak terkejut ataupun berasa malas untuk beribadat di bulan Ramadhan.. 

"Sapa tak nak kan , bila setiap amalan tu diberikan pahala yang berlipat kali ganda".. 

 ini adalah sebahagian senarai yang bole dipraktis dalam bulan syaaban :
  • Baca buku daripada kitab, buku, dan artikel pasal bulan ramadhan
  • Puasa Sunat isnin dan khamis
  • Tidur awal dan bangun Awal pagi
  • Baca Al-Quran setiap hari ( sehelai , x bole sehelai, separuh pun jadi lah) biar istiqamah yer..
  • Biasakan diri dengan air wuduk
  • Dekati , hampiri dan gaul dengan orang soleh
  • Muhasabah diri sebelum tidur
  • Perbanyak solat sunat
  • Perbanyakkan berzikir
  • Mulakan amalan bersedekah
  •  Bantu orang ikut kemampuan
  • Luangkan masa dengan keluarga dan bincangkan tentang ramadhan yang bakal tiba
  • Post , tweet tentang bulan syabaan dan  bulan ramadhan 
  •  Bagi yang mampu , kerjakan umrah 

Selamat Beramal

Sumber info : langitilahi.com

Wednesday, 21 May 2014

Thursday, 24 April 2014

broga hill 2014



Broga hill at Semenyih Selangor. It take only 30 minutes -45 minutes to arrive there from Serdang.
The best scenery that we can see at here is sunrise. We must go there in the early morning.


Sunrise


At broga hill, you may saw many people go there usually during weekend.





 Beautiful Scenery

The hardest part is when the trail are wet and slippery



Feel the Fresh air , especially without smoker..
shuhh shuhh~~~ go away smoker!!!!



Many people at here


Subhanallah for All this.. (Praise of Allah).



Best memory ever :)



Saturday, 19 April 2014

Solat


Awal kalam :
Bismillahirahim 
Assalamualaikum semua..
Hope you all in good condition..
I don't want to write  anything  just Let the picture talk :














Friday, 28 March 2014

Kucing Sayang

Ini kucing saya.Nama dia si Bad aka Badrul..Bad ini dah berusia 2 tahun.. Bad kucing ini kucing yang baik, aktif, comel, manja .. Bad suka lepak kat depan tv dan suka landing atas katil..

Ini lena..lena sangat manja..lembut,..dan bakal melahirkan anak ..
wee~ x sabar nya,,
(^____^)


Ini puteh.. Puteh berusia 8 bulan .. Puteh suka main dgn bad dan kadang2 dengan lena..
Kebiasaannya pada pukul 11 mlm , puteh akan datang dan tido atas tilam ,dalam kelambu ..

saya sayang semua kucing saya
:3


Mawar



Kau  mawar,
Mawar berharga
harum  wangi  semerbak mewaangi taman
Biar pun badan berduri
Namun itulah yang menjadi pelindungmu  
dari direntapi oleh tangan-tangan yang binasa

Ayuh mawar , lindungi dirimu 
Mahalkan maharmu..
jangan terpedaya dengan janji-janiji si kumbang yg durjana
~berikan ia  hanya pada yg halal sahaja~

Semoga Allah S.w.T Lindungi Kita selalu
#Duhai mawar#

#gambar dari Nurel

Thursday, 20 March 2014

Trust in Allah

This life as you know
You read what you sow
And when you do good
Allah will protect you
Stop you falling down

Allah we surrender
'Cause he knows all
No compromise
Hears your laughs
Feels your cries
He is there all the time

Make dua
Praise Allah
Our iman will grow
InshaAllah we will go far
There is a long way to go
We pray salat it's from the heart
Love will keep us whole
And when you're feeling down
You know the way to go

Allahu Ya Allahu Ya Allah
You know I feel in my soul
Allahu Ya Allahu Ya Allah
You know I feel in my soul
Ya Allah you're everywhere we go

In your name we will pray
I will keep to my faith
Search 
inner peace to set me free
For my iman to raise

Allah we surender
I'm always looking out for the sign
To honor you and make you proud
Together we will shine


When your world is going down
You think it's over
And everyone around you builds you up
And knock you down

Broken heart and pain
I'm living my life this way
Don't know which way to take
It's like this every single day
And now it's time to change

And now it's time to change
Finally feel awake
Never gonna sit back and fade away
No more wasting my days
Wasting my days away

Allahu Ya Allahu Ya Allah
You know I feel in my soul
Allahu Ya Allahu Ya Allah
You know I feel in my soul
Ya Allah you're everywhere we go




Thursday, 28 November 2013

:)




Kenangan Dulu

Assalamualaikum

Saat pena menulis , ingatan ku terimbau memory lama ketika waktu zaman kanak-kanak.
.Zaman yang penuh keseronokan , keceriaan, kecomotan..

Sungguh aku rindu ..
Rindu dengan zaman -zaman itu...
Dimana riangnya aku bermain jongkang jongket , batu seremban, masak masak dan polis tan tree ,.

Rumahku yang dulu dikelilingi pohon pohon yang rendang, dan  besar ..
Rumah yang hanya berlantaikan kayu,
Angin  bertiup  tenang, terasa segar menyapu wajah
dan pabila fajar menyingsing  terasa sungguh dingin sekali

Sinar mentari yang terpancar
menyuluhkan sawah padi  yang terbentang luas
Hijau dan mendamaikan setiap mata yang memandang
bersama Burung putih yg terbang lalu  hinggap di pohon cermai..
Betapa indahnya alam , ciptaan tuhan

Dimana akan ku cari lagi..
Kenangan semacam ini..
Mungkin  tak akan ku temui lagi..

Salam kedamaian
nor ainzah
28.11.13
11.24pm

Saturday, 23 November 2013

Ini Ayam Kampung Kacukan kami

Assalamualaikum

Bermula 3.10.2013 telah bermula kehidupan baru budak2  Sains Ternakan Tahun 2 Semester 3 dimana kami semua telah diberi tugasan untuk memelihara Ayam kampung Kacukan dari seawal ayam tu berusia 1 hari sampailah diorg ni boleh harvest...

Pada permulaannya semua excited . :) Ayam comel la katakan..Bila dah makin besar pheww~ semua dah tak nak kisah dah pasal ayam2 ni.. hehe.. kecian ayam tu tp walaupun x kisah , tapi diorg masih still datang bagi makan, tukar air, cuci bekas semua.. Yelah klau x datang reban nnti kang menzalimi haiwan pulak kan..
Ayam tu nak makan apa klau dah x da makanan.. X baik tau menzalimi haiwan ,berDOsa..

Ayam-ayam yang kitaorg bela sangat aktif ,..darah Kampungnya tu sangat menyerlah.. Kalau lambat bg makan tunggulah ,..diorg tunggu siap didepan pintu lepas bukak ja terus serbu ke luar reban..2 je masalah ayam yang kitaorg hadapi 1-sebab cannabalism-ayam makan ayam ( 4 ekor terkorban :(  ) dan 1 ag  berak berdarah.. Nie pasal x sempat nak tukar woodshaving..lagipun woodshaving dah habis..huhu
Walaupun Kitaorg penat jaga ayam ni,.Tapi ia pengalaman yang sangat bermakna sebab ia mengajar erti kesabaran dalam menangani setiap permasalahan yang berlaku..


Nie la poster yang saya buat untuk jualan ayam nanti..
 Harap2 Allah Permudahkan Segalanya..
Amin..


Sunday, 19 May 2013

cicak

Assalamualaikum..

Cicak..

Satu binatang yang mmg x akan masuk syurga,..
Malah akan dapat pahala ..kalau membunuhnya,,,
Ari tu sebelum nak pergi kelas.. ada buat vico taw pastu terlupa pulak nak habiskan...disebabkan oleh tergesa2 sgt  nak pergi ke kuliah..

So balik ja bilik.. bukak je pintu.. ehh.. asal bau minuman coklat..then tgk dekat meja ..
Ya allah penuh dengan percikkan air vico atas meja..abis semua kotor..
Pastu tgk lak kt dlm cawan..
eeeuuu~ ada cicak besar dalam tu..
geli sgt2.. kembang tekak ..
Dengan penuh tawakal dan berhati2 , aku bawak cawan tu pergi ke dlm tandas...dan dengan pantas nya i leave it cup there dan si cicak tu merangkak2 keluar dari cawan tersebut...

Geli sangat2.. dan la warna putih koko cair.. nak muntah rase...

aishh.. ni mmg nak kena beli ubat sembur cicak ni..

:( ...

Say no to cicak...