Sunday, 1 June 2014

Persiapan Untuk Menuju Bulan Ramadhan

Assalamualaikum ,

Apa khabar semua, didoakan berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T.

Alhamdulillah , hari ni kita semua berada dalam bulan Syaaban.  Bulan syaaban merupakan bulan persediaan kita untuk menuju bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan yang  mempunyai banyak keistimewaannya,..


Sebelum kita memasuki bulan ramadhan, eloklah kita mempersiapkan diri kita dengan amalan -amalan yang akan membiasakan diri kita menjadi biasa supaya bila tibanya bulan ramadhan, diri kita tak terkejut ataupun berasa malas untuk beribadat di bulan Ramadhan.. 

"Sapa tak nak kan , bila setiap amalan tu diberikan pahala yang berlipat kali ganda".. 

 ini adalah sebahagian senarai yang bole dipraktis dalam bulan syaaban :
  • Baca buku daripada kitab, buku, dan artikel pasal bulan ramadhan
  • Puasa Sunat isnin dan khamis
  • Tidur awal dan bangun Awal pagi
  • Baca Al-Quran setiap hari ( sehelai , x bole sehelai, separuh pun jadi lah) biar istiqamah yer..
  • Biasakan diri dengan air wuduk
  • Dekati , hampiri dan gaul dengan orang soleh
  • Muhasabah diri sebelum tidur
  • Perbanyak solat sunat
  • Perbanyakkan berzikir
  • Mulakan amalan bersedekah
  •  Bantu orang ikut kemampuan
  • Luangkan masa dengan keluarga dan bincangkan tentang ramadhan yang bakal tiba
  • Post , tweet tentang bulan syabaan dan  bulan ramadhan 
  •  Bagi yang mampu , kerjakan umrah 

Selamat Beramal

Sumber info : langitilahi.com

No comments:

Post a Comment