Wednesday, 4 June 2014

Running Man dan Study Week

Assalamualaikum..

hai..

Running Man dan study weak?
Rasa x pelik dan x janggal bukan?



Biasalah time study weak, awal2 mmg la x da semangat lagi nak study...
Tapi ,..
kalau boleh jangan la tengok rancangan ini..
bukan apa..
rancangan ini memang kelakar dan  akan  menyebabkan ketagihan yang serius..
lepas satu episod , episod lain pulak...
bila nak habis????...

kadang2 tengok RM sampai lambat2 kan solat..
Kan x elok macam tu..

kadang2 kita sibuk dok layan running man hingga kita x sedar yang rumet, @ family  kita tgh solat ke, tgh study ke.. tak baik gangu orang ketka tgh solat @ buat perkara lain . (jangan kita fikir hanya diri kita sahaja yang have fun tapi tanpa kita x sedar kita buat orang tension)..

Tak dinafikan kalau asyik study jer mmg lar stress tapi ada masa nya nak layan running man @ rancangan2 yang lain.. contohnya waktu petang , lepas asar ..tgk laa.. x da org nak kisah pun..Tapi jangan la time pukul 10 mlm..tgh2 rumet kau tgh study ..pastu kau lak ketawa berbahak2 smpai bilik sebelah pun bole dengar..
Ape cite??

Kau beritahu mak ; mak , "saya tak balik study week, bukan apa mak nanti dok kat rumah x study" kalau kolej bole study mak..

Tapi bila dok kat kolej , kau bukan study pun asyik tgk cite tu je.. dosa bertambah2.. pertama kau tipu mak ,yang kedua kau ganggu rumet kau nak study..

#Masa study week bukan lah masa untuk marathon movie , sebaliknya gunakan lah masa itu untuk menelaah pelajaran..

#bukan x boleh tgk, tp pandai2 lah bahagikan masa , dan jgn kacau orang lain nk study!!!
~ please x semua orang anak orang kaya mcm kau yang bole have fun sana sini~..

Sunday, 1 June 2014

Mengenalimu Ya Allah





MengenaliMu Ya Allah,
rasanya makin merindu..
yakin itu sudah tidak pernah aku tanyakan pada diriku,
kepada kalbuku..
kerana sejak aku tahu mengenal kehidupan,
ketika masih belum mengaji mukaddam dan al Quran,
aku sudah diberi kenal,
ada bintang..
ada bulan..
ada matahari..
dan ada awan...
ada yang menjadikan.

begitu aku terasa tanpa bertanya,
aku ingin makna mendalam,
sudah kuterima kenyataan bahawa alam jagat
dan seluruh mahluk ini..
ada yang menjadikan,
ciptaanMu Tuhan Maha Pengasih Maha Penyayang..

berulang ulang dalam hidupku diberi nafas,
berterusan menghayati nikmat,
makan minum dan tidur berehat,
maka dadaku penuh mengingati,
namaMu sentiasa dibibirku,
dan degup jantungku,
sentiasa mengingatiMu,
adalah tandaku dalam ingatanMu,
maka apabila aku diberi hayat,
di alam jagatMu,
bergerak berkerja,
mencari makan dan
bergaul dengan insan insan dan umatMu,
menjadi sebutan degup hatiku..

dan apa dan bagaimana..
dan dimana aku berada..
aku sentiasa dikurniai inayahMu Ya Allah,
maka aku sentiasa mengingatiMu..

maka dalam bersorak,
bergerak dan berteriak,
untuk apa..
untuk bagaimana..
aku tiba tiba saja,
seperti digerak oleh suatu kuasa,
menyentuh dalam kalbuku,
maka aku jadi terkelu,
mati teriak sorakku,
kerana nafasku,
terasa tinggal satu satu..
maka tahu aku Ya Allah,
lonjak dan sorak,
gelak dan teriak,
bisa sekali lenyap,
dalam satu helaan nafas,
ketika dalam kealpaan,
menghayati dalam kefanaan..



Sajak oleh : Mengenalimu Ya Allah  oleh  Mahsuri S.N

Persiapan Untuk Menuju Bulan Ramadhan

Assalamualaikum ,

Apa khabar semua, didoakan berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T.

Alhamdulillah , hari ni kita semua berada dalam bulan Syaaban.  Bulan syaaban merupakan bulan persediaan kita untuk menuju bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan yang  mempunyai banyak keistimewaannya,..


Sebelum kita memasuki bulan ramadhan, eloklah kita mempersiapkan diri kita dengan amalan -amalan yang akan membiasakan diri kita menjadi biasa supaya bila tibanya bulan ramadhan, diri kita tak terkejut ataupun berasa malas untuk beribadat di bulan Ramadhan.. 

"Sapa tak nak kan , bila setiap amalan tu diberikan pahala yang berlipat kali ganda".. 

 ini adalah sebahagian senarai yang bole dipraktis dalam bulan syaaban :
  • Baca buku daripada kitab, buku, dan artikel pasal bulan ramadhan
  • Puasa Sunat isnin dan khamis
  • Tidur awal dan bangun Awal pagi
  • Baca Al-Quran setiap hari ( sehelai , x bole sehelai, separuh pun jadi lah) biar istiqamah yer..
  • Biasakan diri dengan air wuduk
  • Dekati , hampiri dan gaul dengan orang soleh
  • Muhasabah diri sebelum tidur
  • Perbanyak solat sunat
  • Perbanyakkan berzikir
  • Mulakan amalan bersedekah
  •  Bantu orang ikut kemampuan
  • Luangkan masa dengan keluarga dan bincangkan tentang ramadhan yang bakal tiba
  • Post , tweet tentang bulan syabaan dan  bulan ramadhan 
  •  Bagi yang mampu , kerjakan umrah 

Selamat Beramal

Sumber info : langitilahi.com