Friday, 29 April 2011

Expression ketika Shopping

Ketika pergi shopping
: Kebanyakkan perempuan pantang bila nampak tanda "Sale" dan "Promosi"


Happy bila semua barangan dapat beli




Marah apabila permintaan tidak dipenuhi




Geram kerana tidak dapat membeli barangan yang diminati kerana telah habis stock

Pulang ke rumah dengan hati yang gembira kerana puas dapat shopping berjam2....






x suka bila balik orang komen barang yang dibeli tak cantik




Bahagia jika dapat makan sepuas2nya

(^_^)bye22

Demam Korea selepas exam...


Hahahahahaha~~~~

Waktu stress dah pun berlalu~~Sekarang kita enjoyy!!!! hihihihi


Playfull kiss(^_^)


Haa???




fewitt~~~(^-^)


"Sweet couple"



I love this drama~~muahh



Comel!!!!


My girlfriends is a nine tail fox...kawaii~~
=)

Thursday, 28 April 2011

Dia

Dia,
Insan yang hadir dalam hidupku,
Anugerah tuhan buatku yang paling istimewa.
Bagi ku tiada apa pun yang boleh menggantikanya

Dia,
Sentiasa menceriakan dan selalu menggembirakan hati ku,
Banyak mengorbankan waktunya untuk menemani ku,
Dia akan selalu ada untuk ku ketika waktu senang dan susah.

Dia ,
Tempatku untuk bermanja,dan bermesra
Dia Sentiasa ada untuk mendengar masalahku,dan selalu menasihatiku
Dia pemberi semangatku untuk aku berjaya

Dia adalah segalanya bagiku
Semuanya  adalah kerana dia~~~~

Hasil nukilan: Honey lavender

Monday, 25 April 2011

Esok exam pagi????

Esok exam pagi???


Huhuhu...Hari ini aku telah mempunyai satu peperiksaan pada pukul 8.30 pagi...Untuk itu aku telah memperuntukkan setengah daripada waktu  tido ak untuk study...At last~~alhamdullilah aku boleh la menjawap setiap yang pensyarah aku ajukan..(Segalanya bergantung pada pensyarah la untuk menilainya)...Petang yang indah pada pukul 5.00 petang aku telah dikejutkan bahawa jadual  exam aku untuk hari esok telah bertukar...ohh tidak...Exam yang sepatutnya bermula pada pukul 2.30 petang telah bertukar menjadi 8.30 pagi!!!!Yang istimewanya pula subjek yang bakal yang aku ambik untuk keesokkan hari adalah subjek yang paling aku lemah...Subjek tersebut adalah subjek animal health...kebanyakkan sukatan pembelajaran dalam Animal health adalah patotolgi 1 dan patologi 2 yang diajar di dalam subjek veterinar...huhuhu~~

*kesimpulannya jangan study untuk last2 minit ..(^_^) huhuhu



*reaksi semua ketika mendapat tahu ttg penukaran waktu peperiksaan

Thursday, 21 April 2011

Sweet Vs Sour


 Ini pengalamanku semasa belajar di borneo...Untuk datang ke sini aku terpaksa 2 kali naik kapal terbang,,,Yelah dari Utara ke Kuala Lumpur pastu dari Kuala Lumpur ke borneo..Di yang sepanjang perjalanan aku dapat melihat ratusan gelagat manusia yang tengah menunggu untuk berlepas ke distinasi mereka sendiri...
Kebiasaannya untuk datang ke kuala lumpur aku pergi secara keseoragan tanpa ditemani rakan-rakan ku yang senegeri dengan ku...Pada mulanya aku sentiasa takut untuk pergi  bersendirian...Yelah mana xnya..Aku first time kot  berjauhan dari keluarga..Dulu aku x pernah pergi ke mana-mana tanpa ditemani  mak @pak atau adik beradik ku yang lain..Di dalam pesawat dalam satu barisan mempunyai 3 baris  tempat duduk...Kebiasaan nya aku mendapat yang paing hujung,,,kadang-kadang di tengah2..
Pernah sekali tu ada la seorang pak cik ni duduk nk duduk kat sebelah aku jadi aku pun bangun untuk memberi laluan kepadanya..pastu dah la tak nak ucap terima kasih pastu tak senyum langsung...Dari pandangan mataku,pak cik ni seorang yang kaya berdasarkan ciri-ciri fizikalnyalah...maybe dia tengah sterss dengan tempat kerja ,..tapi tak baik lah kan,sekurang2nya senyum ...Kitakan orang islam pastu pulak berbangsa melayu...huhu..




Ni aku x sure kat mana..hihihhihihi



Pandangan Sayap Kapal Terbang Mas...



Cuba teka kat Pulau mana ni ekk???(^_^)
Yang aku tahu ni masih berada di dalam kawasan Malaysia...hihihi

Korang nak tahu x kelebihan senyum....

Kelebihan senyum... 
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman dimana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga
hormon-hormon. 

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. 

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan
endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa
lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat
kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan
darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih
rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan
terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa
dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem
ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan
pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan
   sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon
'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan
'adrenaline' .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit). 10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah
dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa
tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit
jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung
merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan
Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang
mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

 Banyakkan kelebihan senyum???
Haa tunggu apa lagi Senyumlah selalu bila jumpa dengan sesiapa sahaja x kira muda dan x kira bangsa..Senyumlah seikhlas hati anda ... 







Note:Sumber Kelebihan senyum dari..:http://www.scribd.com/doc/21782347/Kelebihan-senyum

secawan coffee dan sepinggan pisang goreng untuk tersayang

Petang ni hujan telah turun dengan lebatnya.Ia seolah-olah memahami perasaan aku sekarang...Mungkin kerana tekanan daripada exam yang aku tempuhi ..Cuaca yang sejuk ini mengigatkan aku kepada kedua-dua ibu bapaku...Apa khabar mereka sekarang ekkk????Rindu sanggat2 kat mereka...Kalau aku mempunyai sepasang sayap,...aku akan sanggup meredah hujan ini untuk berjumpa dengan diaorang.

Dulu,waktu hujan2 macam ni mak selalu akan masak cucuq pisang,cucuq jagung dan macam lagi la~~best sangat2...Walaupun kadang-kadang mak masak menu yang sama ,aku tak akan jemu untuk menjamahnya,...Nak tahu kenapa???
Kerana air tangan mak la~~tak akan sorang pun dapat menandingi masakan mak ...Mak dengan Pak adalah segala-galanya bagi aku...Kerana sahabat boleh dicari,pak we pun boleh dicari tapi mak dengan pak sorang je kat dunia ni~~betul x????(^_^)

Pak dengan mak mempunyai satu kegemaran yang sama iaitu minum air kopi~~~Air kopi cap songkok..Pagi dan petang mesti minum...huhuhu~~air kopi ni dikilangkan di kedah...Klau waktu cuti sem,ak selalu akan minum bersama-sama dan berbual,..pasal lembu,..pasal bendang..dan mcm2 lagi la~~~~...hihihihi



Saturday, 16 April 2011

Final~~oh~~Final

Arrrrhhh~~~~final dah dekat...huhuhu...itulah yang sering bermain di fikiran ku sekarang..Final exam untuk budak2  dkhp dah x lama dah...tinggal 2 ari ja lagi ...ak masih lagi dalam usaha meningkatkan tumpuan ku terhadap  study..al maklumla ,semakin dekat nak exam ni semakin banyak la gangguan nye,movie,game,demam dan macam- macam lagi...yang paling terbaru adalah jamuan blok...biasa la klau x da agenda menjerit2 tu...x sah...huhuhu.

Stress???

ak selalu gak stress.....yelah mane tak nye  tido lewat2 malam(time ak nak study ade je org bt bising) ,pastu..x da selera makan(hanya makanan semenanjung ja yg layan)....sakit2 badan...macam2 lagi la...untuk mengatasi masalah ni ak selalu akan mengajak fara,hisma ...dan kawan2 yang lain untuk keluar pegi jalan 2 .contohnye ..ke padang upmkb yang luas dan cantikk...ak suka akan kehijauan rumput yang segar...ia seolah2 mengigatkan ak kepada kampung halaman ku...sawah padi yang terbentang luas dengan angin yang menderu2...huh...indahnya...
Ak rindu tersangat2 nak balik kampung...tapi apakan daya bajet x cukup...huhuhu

~~fara~~



Padang UPMKB

Untuk sahabat2 ku yang bakal menduduki final ni...korg bt la yang terbaik yer...jaga kesihatan semua..dan jgn sterss tau...hihihi....good luckk~~~




Monday, 4 April 2011

Erti persahabatan..(^_^)


Sahabat

Don't walk in front of me, I may not follow.
Don't walk behind me, I may not lead.
Just walk beside me and be my friend.-- Albert Camus


Sahabat merupakan kawan rapat ,teman seperjuangan atau teman untuk berkongsi suka dan duka selain daripada keluarga kita..Sahabat yang baik akan sentiasa menyokong dan menasihati apa jua tindakan kita.Sahabat akan sentiasa berada di sisi kita diwaktu senang mahupun waktu susah...
Tak akan indah hidup di dunia tanpa sahabat .Tanpa sahabat ,jiwa kita jadi kosong...kerana kita tidak akan dapat untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati,...marah,sedih,gembira,kecewa,.Malah kita akan menjadi orang yang tanpa perasaan...

Sahabat di waktu persekolahan ...hehe


Kenangan terindah bersama sahabat semasa di miri...



Bersantai di Ladang Kopi semasa amali...(^_^)



Bersama sahabat di Tumbina,bintulu



Kenangan di Kuching,Sarawak...


Bersama Sahabat di dalam Lab untuk menyiapkan kajian ....


Sahabat tak mengira bangsa...

~To a friend~
A friend that is unique
A friend that is one of a kind
A friend that is perfect 
A type of friend who is hard to find
A friend that is sweet
A friend that is perpetually fair
A friend that you know 
Will always be there
A friend with an amazing spirit
A friend with a striking heart
A friend that is trustworthy
A friend that is smart
A friend that assuages your pain
A friend that can dry your tears
A friend with unrestricted love 
A friend that can alleviate your fears
A friend with an exquisite smile
That could never be ignored
A friend that’s never been hurtful
A friend that is easily adored
A friend that is respectful
A friend who is loved by all
A friend that is relied upon
A friend to never let fall
A friend you can talk to
Her compassion is known by a glistening glow
Just by sparking her remarkable light
The whole world will know
What a great and amazing person she is 
A friend I shall never forget 
She is the greatest ever been known
Best of all the friends I’ve ever met… 

 by Marria Attar 





Friday, 1 April 2011

kehilangan


Acer 4736z merupakan laptop yang pertama yang hadir dalam hidupku.Pada 1.12.2009,abang ku telah membelikan laptop ini kepadaku...Aku berasa sangat gembira dan tidak sabar2 untuk datang ke kolej untuk menyiapkan assigment yang bakal diberikan oleh pensyarah..Namun kegembiraan aku x lama,pada 12.1.2010 laptop ku telah dikebas sewaktu aku berada di kelas,pada waktu itu laptop aku berada di bilik...Petang yang indah ,aku jalan2 nak balik ke bilik,dan mendapat panggilan dr roomate ku .dia memintaku untuk pulang dengan kadar segera.Sesampainya ,ak ke bilik,aku rasa nak pengsan mendapati laptop kesayangan ku sudah tiada,,,,Aku sudah sedaya upaya menjejaki laptop ku dengan harapan bertemu kembali...Pada keesokkan hari,kawan ku memberitahu aku mengigau dalam tidur,,,,meminta si pencuri kembalikan laptop aku~~~Sampai saat ini,aku masih termimpi2 laptop aku yang telah hilang...huhuhuhu

lepas itu,mak sponser pula untuk beli laptop preserio cQ42.tu pun tunggu 1 sem abis baru mak belikan...yelah nk beli laptop bukan mudah...mahal kot~~kalau mak cop duit x pe..Aku bersyukur sangat sbb mak belikan aku laptop baru..Al maklum lah hidup dekat universiti ni,kalau x de bende ni x sah...ibarat  hidup x da tangan..


Hari ni ,ak baru tersedar yang labcoat ak dah hilang,,..ak x tahu ak letak kat mana....Labcoat tu mahal rm60...aritu botol air hilang ~~Sedih sangat...,klau la ada org nk sponser x pe gak ,bleh la beli baru,..tapi aku lebih suka labcoat yang lama,sebab labcoat tu penuh dengan kenangan kot ...time ak sem 1sampai la sem 4...bedah guniepig,bedah kambing,..dan macam 2 lagi..


Kesimpulannya: Kehilangan itu sangat menyakitkan x kira lah walau sekecil mana benda yang kita punya...kerana setiap itu mempunyai nilai nya yang tersendiri...

Untuk org yang menjumpai barang2 pulak,seeloknya janganlah ambik dengan sesuka hati...Sebolehnya hebah2kan,supaya si pemilik dapat mengetahuinya...Kalau x da ,orang yang menuntutnya untuk masa yang lama,...boleh la diambik..