Monday, 4 January 2016

jadikan kisah itu satu pengajaran

Assalamualaikum..
dah masuk tahun baru 2016..

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana pada ketika ini, pada saat ini kita masih lagi bernafas, masih lagi diberi peluang dan ruang bersama dengan insan-insan yang kita sayang..
Apa ada dengan tahun dahulu, segala pahit dan manis biarlah ia berlalu pergi, Mungkin akan ada masa nanti , kita selongkar kembali memori itu.
Mungkin ia dan mungkin tidak~ Segala kenangan pahit itu biarlah terkubur disitu.

Baru beberapa hari, 2015 melabuhkan tirainya ..Dan, kini kita meniti pula waktu-waktu dan detik-detik yang masih tersisa dalam hidup kita mudah-mudahan dengan semangat yang baru, harapan yang baru, dan moga-moga juga diri yang baru.

Disini aku ingin bercerita tentang hal-hal yang mungkin kalian alami juga seperti aku, moga2 ia bermanfaat dan dapat mengambil ikhtibar darinya,..

2@ 3 hari yang lepas, semasa aku mengulang kaji, ada seorang kawan merangkap junior semasa aku diploma dahulu bercerita tentang seorang rakannya yang sedanng koma dipercayai terkena toxoplasmosis ataupun jangkitan disebabkan parasit darah ( blood parasite).

Penyakit  parasit berdarah boleh menyebabkan kerosakan pada otak jika tidak dirawat dengan segera.  Toxoplasmosis ini  berpunca sejenis parasit dalam sel , yang boleh menjangkiti manusia , dah juga haiwan. ( zoonotik disease) ,Kucing atau haiwan  bawaan parasite ini kebiasaanya tidak membawa apa-apa jangkitan kepadanya, Toxoplasma gondii membiak di dalam usus kucing dan akan dikeluarkan melalui najis nya dan telur toxoplasma akan hidup selama 1 tahun di dalam tanah yang lembab dan teduh. Bukan itu sahaja, pengambilan daging yang tidak dimasak ( uncooked meet) juga berisiko untuk mendapat penyakit ini kerana daging @ haiwan tersebut telah dijangkiti dengan parasit tersebut.

Toxoplasma ini adalah parasit yang membunuh secara cepat dengan menyerang sel-sel pertahanan. Jika sistem pertahanan menjadi lemah, maka seseorang individu itu berada dalam keadaan yang berisiko. Parasit ini juga boleh dijangkiti oleh ibu hamil dan boleh memberi kesan kepada anak yang dikandungnya. Ia boleh mengakibatkan pertumbuhan terencat, ganguan otak, kepala kecil dan kepala besar dan banyak lagi.

Justeru itu,  saya ingin  memperingatkan diri saya dan juga anda semua, apabila mengendalikan sesuatu samaada dengan haiwan kesayagan mahupun apa-apa sahaja yang anda lakukan, Sila cuci Tangan anda sebersihnya, Jadikan Ia satu Amalan tetap kerana virus, bacteria  adalah amat kecil dan tidak nampak oleh mata kasar, namun kesan jika dijangkiti segala pathogen ini dalah sangat bahaya.

Mencegah lebih baik dari merawat.
p/s: Semoga dia menerima ujian ini dengan tabah . Allah lebih  menyayangi mu ~