Friday, 27 March 2015

Maafkan aku

Maafkan aq wahai ayah..
Maafkan aq wahai ibu..
Aq tak mapu menjadi seperti mereka..
Sudah aq usahakan ..
Dengan jerih Payah ..
Namun Sudah ditakdirkan Bukan milikku...

Wahai ayah aq tahu ..
Kau begitu bangga sekali bila mendapat tahu yang aq layak untuk meneruskan pengajian..
Engkau sekuat tenaga memerah keringat untuk memberikan yang terbaik untuk diriku..
Sehinggakan kau tewas dengan penyakit yang tidak ada rawatanya..selain dialysis..

Semasa cuti semester ..
engkau menyambutku dengan senyuman yang mesra sekali..
Sehinggakan aq lupa bahawa kamu sedang sakit..
Engkau tak pernah menujukkan rasa sakitmu..
Tak pernah langsung mengaduh ...

Engkau Yang Selalu ceria..
Wajah yang  langsung  tiada Duka
Manis  Sentiasa..

Saat-saat kau hendak pergi..
Pelbagai janji yg kau ucapkan..
Seandainya Aq tahu ayah..
Aq akan berikan yang terbaik khas untuk kamu..


Duhai ayah ..
Aq akan teruskan sisa-sisa hidup ini..
Dengan membuat bakti ..
Walaupun kau telah tiada..

Aq rindu padamu Ayah..
Rindu dengan suara mu, gelagatmu yang sering buatku tertawa..
rindu nk tengok bola sama2...

Semoga Allah Mengampuni Dosa-dosa mu yang lalu..
Dan diletakkan di kalangan orang yang beriman..

Miss you father

~we are best buddies ever~






Monday, 2 March 2015

Aku nak kahwin

Assalamualaikum..

hai semua

Apabila usia dah menghampiri 24-25 tahun..

hati mula resah..

Dengan pertanyaan2 bagaikan bertih jagung dari mulut-mulut mak cik yang tak berhenti-henti tanya

Bila hang nak kahwin..

Pertanyaan yang akan buat aku tersedak bila ditanya pertanyaan sebegitu..

Itu lumrah..

Nasib baik kadang-kadang Mak back-up..

"Dia dok ngaji lagi, x sesuai lagi nak kahwin, biaq la dia habis belaja dulu"

Huhhhhh..~~ satu keluhan berat yang dihembus..

Nasib baik mak ada..

Bak kata arwah ayah: aq bukan x nak bg dia kahwin time belaja ni, tapi
biaq la habis dulu.. nnti senang, klau ada anak ka apa ka, tak gaduh dah..

Dan sebagaimana perasaan aq ,

Aq pun tercabar juga bila tengok kawan2 semua kahwin

sapa tak mau kahwin kottt..

 tengok kawan2 seusia dah menimang anak masing2..

comel2 belaka..so sweet..


Bak kat matlutfi benda yang paling common dalam kalangan final year student ni adalah kahwin...

Tapi bila fikir balik..

Dalam kita dok rush2 dok cari jodoh tu..

tak kah kita terfikir yang sebenarnya kita telah mencampuri urusan ALLAH..

Banyak benda lagi yang kita belum kejar..

Sudah siapkah diri kita untuk menggalas beban selepas kahwin nanti..

Perkahwinan bukanlah satu benda yang boleh dibawa main..

Perkahwinan ni klau boleh kita nak sampai ke syurga..

Bakal suami @ isteri yang kita pilih mestilah mengikut apa yang Nabi S.A.W, ajarkan..

Pilihlah  yang beragama, nescaya kamu akan selamat..

Bukan semberono ja..

Allah Tahu apa yang terbaik buat diri kita..

Banyak 2 kan lah berdoa..

Semoga kita memperolehi jodoh yang baik-baik..

Yang mampu membimbing kita hingga ke jannah..

P/s:  i  don't now who the right one for me, but i know Allah the best ..

For future husband , i don;t know who you are , i hope we be husband and wife until jannah..